Sdn Bhd vs Enterprise Part 1

Diambil dari satu sharing di facebook.
Satu ilmu yang bagus untuk sesiapa yang nak memulakan bisnes.
Harap bermanfaat.

17 perkara saya belajar dengan Tuan Haji Jerry Rizal tentang Enterprise dan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd)

Nota yang saya kongsikan adalah “surface” dan tidak terlalu “detail”.

Ini diantara kisah-kisah kelebihan mempunyai Sdn Bhd berbanding Enterprise.

1. Dua director sekurang-kurangnya diperlukan untuk mengambil bahagian dalam share holder. Jika salah seorang blacklisted, seorang lagi dibolehkan untuk buka Akaun bank.

2. Check dengan CCRIS dan juga CTOS tentang rekod sebenar hutang kita di Bank Negara Malaysia.
(Pastikan bawa kad pengenalan)
Sekiranya segala hutang sudah selesai dibayar,pastikan memiliki Release Letter. Bank bukan begitu cepat update tentang status kita.

3. Sediakan gaji untuk diri sendiri. Jangan jadi perompak dalam syarikat sendiri.
(perompak syarikat sendiri=ambil duit seuka hati) Sekiranya ada keuntungan lebih, ambil hujung tahun selepas diaudit dalam bentuk Dividen.

4. Dua director tadi sebolehnya bukan suami isteri. Contoh, Mak dan anak. Husband will lie to you. Moms not gonna lie to you.

5. Tax/Cukai. Contoh:
Sdn bhd> Profit 500k= cukai 20%.
Enterprise> Profit 500k= cukai 26%.

6. Syarikat Sdn Bhd adalah automatik menjadi syarikat SME. Small Medium Enterprise. Lebih banyak peluang untuk kita.

7. Hutang. Liability ditanggung oleh syarikat. Kalau ada hutang dengan supplier, supplier mahu Saman, hanya syarikat yang akan menanggung. Kita BEBAS.
Supplier boleh mengambil aset-aset syarikat untuk dilunaskan hutang. Pastikan asset juga dibawah nama syarikat(Sdn Bhd)

8. Bank adalah capitalist.
Dalam syarikat Sdn Bhd,bank akan memberi loan kepada syarikat,bukan director.
Contohnya dalam pembayaran asset property, andai suatu masa syarikat tak mampu bayar, bank akan ambil alih property,bukan directornya.

Contohnya, FY Sdn Bhd membeli rumah dengan menggunakan loan dengan Bank ABC. Point disini,beli Rumah guna nama syarikat. Jika kita mahu lebih Selamat.

9. Beli Kereta guna nama syarikat. Jika Beli rm100,000 guna nama syarikat, selepas 3tahun,Kereta tersebut sudah tiada nilai dalam rekod. Jatuh harga. Selepas itu secara personal kita boleh memiliki kereta dengan harga RM20,000 sekalipun.

10. Pamerkan Borang A dalam frame dikedai.

11. Semasa kita menandatangani syarikat Sdn Bhd semasa bersetuju mahu menubuhkannya,pastikan baca setiap helaian agreement tersebut. Baca secara details walau banyak. Itu tugas kita, perlindungan kepada syarikat dan diri kita dimasa depan.

12. Pendaftaran Sdn. Bhd. melalui mereka-mereka INI:
1. Company Secretary
2. Tax agent
3. Auditor
The more you run away from responsibilities,you will gonna more damage.

13. Loan diberi sebagai tools untuk membantu kita.
Ianya konsep Other People Money.

14. Rekod! Rekod! Rekod! Dalam setiap transaksi. Pastikan ada Pengurusan yang sistematik. Duit yang keluar setiap Kali bayar supplier mesti rekod. Duit yang masuk jangan senang-senang keluarkan. Gunakan check book.

Contoh: perbelanjaan untuk restoran.
> Keluarkan rm3000 dari bank untuk perbelanjaan selama seminggu.
> Duit Masuk: masukkan dalam bank setiap hari selepas transaksi masuk terakhir.

15. Bayar cukai. Borang J LHDN. Kalau tiada sales sekalipun, borang J mesti dihantar untuk memastikan ada rekod. Hantar sebelum LHDN kejar kita.
(Rekod kita dengan LHDN bagus untuk mendapatkan kelebihan apabila mahu membuat pinjaman dengan bank)

16. Rekod,resit,document transaksi mesti disimpan selama 7tahun,sekiranya tidak bayar tax dan register dengan LHDN, LHDN will find and catch you.

17. Staff mesti dilayan seperti staff. Majikan harus dilayan seperti majikan. Pelanggan harus dilayan seperti pelanggan. Bukan guna perkataan Adik,Kakak,abang. Staff kena report pada Bos.

* Tuan Haji Jerry Zafrul Rizal (Regional Director for Richworks International) adalah orang yang bertanggujawab membawa masuk suatu jenama besar hypermarket luar ke Malaysia. Kata beliau, sales terbanyak didunia ialah di cawangan Kota Bharu yang membawa 85% cash ke dalam Hypermarket tersebut.

Intensive Business Coaching.
Catitan Cikpuan Munirah Fuzi dan olahan semula oleh Firdaus Yasin(saya la tu)

Diruangan komen ada perbincangan-perbincangan menarik untuk dibaca.

* Untuk maklumat terkini dan sebarang keraguan boleh rujuk pada pihak yang berkenaan.

Kredit : FB Firdaus Yasin

28. July 2015 by hasni
Categories: Tips | Tags: , , | Leave a comment

Leave a Reply

Required fields are marked *


%d bloggers like this: